Monday, November 06, 2006

Misteri Bigguy Terbongkar

Selama ini memang banyak cerita-ciriti yang kita dapati daripada laman Big Body Guy- Penangkis Tomahan (http://bigguy.0moola.com (terkini), dan http://bigguy.php1h.com (dulu)). Tapi sejauh mana kebenaran yang ditulis olehnya kita tidak tahu!..Big Body Guy tidak macam Pak Kaduk.Penulisan Big Body Guy nampak lebih berat kepada pihak MMK. Mungkinkah Big Body Guy mempunyai apa-apa komplot dengan MMK?. Entah!..tanya laa dia! Cuma ada beberapa kepastian yang goyah pernah didedahkan oleh para penyokong dan konco-konco Md Radzi (mengajuk penulisan Big Body Guy) mengenai identiti Big Body Guy, antaranya seperti; Big Body Guy merupakan orang yang sama dengan Pak Kaduk. Alasannya mudah; setiap kali penulisan Pak Kaduk berjalan, penulisan Big Body Guy pula akan terhenti! Dan begitu jugalah sebaliknya. Tapi..Benarkah?

Memang teori bahawa Big Body Guy dan Pak Kaduk merupakan orang yang sama berdasarkan alasan tadi sedikit sebanyak ada logiknya. Perhatikan sahaja jika ada posting baru dalam Pak-Kaduk.blogspot.com dan Bigguy.0moola.com, pastinya akan ada e-mel berkaitan posting itu yang masuk ke dalam peti e-mel ahli yang menggunakan webmail cekakhanafi.com. Siapa punya angkara semua ini?..Perkara ini sudah terjawab apabila Pak Kaduk mengaku sendiri bahawa dialah dalang di sebalik penyebaran e-mel tersebut berdasarkan posting di blog anti_fitnah;

"Untuk pengetahuan umum, sayalah yang menghantar artikel yang ada di dalam blog pak-kaduk ke setiap e-mel pengguna yang menggunakan e-mel cekakhanafi.com Dengan menggunakan nama samaran dan alamat e-mel yang berlainan. Kerana saya salah seorang webmaster cekakhanafi.com Saya mempunyai database setiap pengguna yang register di cekakhanafi.com Saya membuat ini demi menegak kebanaran..."
-Pak-kaduk
dan ini juga menunjukkan bahawa Pak Kaduk memang mengikuti perkembangan di web Big Body Guy kerana setiap kali ada posting baru, maka dengan lajunya Pak Kaduk selaku webmaster cekakhanafi.com, senang cerita; Z.S, akan meng'forward'kan salinan penulisan tersebut melalui e-mel menggunakan nama samaran yang bermacam-macam yang berkaitan dengan pejuang-pejuang islam masa lampau, masa kini dan sebagainya. E-mel ini dihantar menggunakan "anonymous e-mailer" yang mana servis ini berkemungkinan besar ditawarkan sendiri oleh provider e-mel cekakhanafi.com, everyone.net dan digunakan oleh tukang-beli mail space, Z.S, yang juga selaku pengurus web cekakhanafi.com. Anonymous e-mailer ini berkemungkinan untuk tujuan penyebaran "Newsletter" kepada ahli tapi telah disalah gunakan untuk menyebarkan berita-berita yang kurang penting.


Lihat pada "Header" e-mel yang menunjukkan IP address penghantar (216.200.145.29) dan telah di'resolve'kan kepada everyone.net, menunjukkan servis ini datangnya dari everyone.net. Untuk kepastian semua, bolehlah melihat perinciannya di sini; http://who.is/whois-ip/ip-address/216.200.145.37/. Siapa yang ada akses untuk perkhidmatan ini semua?..tentu sekali Pak Kaduk @ Z.S!

Berbalik kepada persoalan siapakah Big Body Guy, setelah disiasat dengan teliti, saya menyimpulkan bahawa;

Big Body Guy@Bigguy merupakan Pak Kaduk sendiri atau lebih dikenali sebagai Z.S!!

Tapi, mengapa begitu pula?..

Setelah menjalankan penyiasatan terperinci dan mengambil kira fakta yang disebut pada awal penulisan; Big Body Guy dan Pak Kaduk adalah sama orangnya, dan hyperlink di site Pak Kaduk dengan Big Body guy yang SENTIASA up-to date (pernah dikemukakan oleh anti_fitnah), saya menjalankan beberapa siri penyiasatan dan menemui apa yang mungkin lebih daripada sebuah kebetulan!..masakan tidak, 'kebetulan' ini sangat sukar untuk terjadi melainkan dilakukan oleh orang yang sama!

Lihat pada alamat Hit Counter pada blog Pak Kaduk dan Big Body Guy, kedua-duanya datang daripada Bravenet dan didaftarkan di bawah satu USERNAME yang SAMA!! Saya beri link counter untuk kedua-duanya;

Pak Kaduk: http://counter23.bravenet.com/index.php?id=387013&usernum=1909138708
Big Body Guy: http://counter23.bravenet.com/index.php?id=387011&usernum=1909138708

anda nampak mana persamaannya?..Perhatikan usernum kedua-dua counter itu, TIDAKKAH SAMA???..Ini menunjukkan counter itu datangnya dari satu akaun yang menggunakan Username yang sama!..perbezaannya hanya pada id counter yang mana counter untuk Big Body Guy lebih dulu diwujudkan diikuti counter untuk Pak Kaduk.

Lihat pada screenshot ini dari Counter Statistic untuk Pak Kaduk:


dan pada penutup statistik ini, terdapat summary/kesimpulan;

dan ini pula statistik untuk kaunter Big Body guy:


dan pada penutup statistik ini, terdapat summary/kesimpulan;


Apa yang anda dapat perhatikan melalui summary counter tersebut??..sekali lagi saya paparkan;

Pak kaduk:
Big Body Guy:
Start Date/ Tarikh kaunter mula beroperasi adalah sama! Mengapa?? pastinya kerana pemilik kedua-dua kaunter adalah SAMA!

kesimpulannya:

Big Body Guy=Pak Kaduk=obeyone1=obey_one=019-6635203=Z.S!!!

Nampaknya Big Body guy telah TER'bogel' dengan sendirinya!..walaupun Big Body Guy sekarang sudah memakai blazer/kot/tuxedo, namun pakaian itu nampaknya masih tidak dapat menutup tubuhnya yang besar itu!..Identiti yang berselindung di sebalik Big Body guy sudah terdedah!!..mana hendak diletakkan muka lagi?..
(gambar asal adalah gambar Big Body Guy yang diambil terus dari site Bigguy, tapi nampaknya Big Body Guy telah menukarnya dengan gambar senyuman. Tak mengapalah..walau dia letak apa pun lepas nih, ingat..INI DARI SITE Big Body Guy..suka dia laa nak letak apa.. :) )
"Akan ku bogelkan satu persatu.."

Nampaknya diri sendiri yang bogel!..Apa nak buat sekarang?..Mana nak sorok muka?..dalam plastik sampah boleh jugak!

KENANGAN YANG TAK MUNGKIN DI LUPAKAN OLEH BIG BODY GUY

Ramai Yang Tahu Tapi Takut Nak Beri Tahu.


Iya, kenangan ini tidak akan anda lupakan!..sekarang ramai yang akan tahu dan TIDAK TAKUT NAK BERI TAHU!!

Kemana sahaja kau pergi Dosa perbuatan mu akan mengekori selama hidup kamu ..

" usah lah sembahyang, usah lah berpuasa, jika dalam diri kita ini ada sifat sifat munafiq. Bila bercakap dia bohong, bila berjanji dia berbohong...manusia jenis apa macam ini?"

anak siapa kah yang suka sebut ayat ini..???

Nah!..Apa lagi yang ingin disembunyikan?..semua identiti anda telah terdedah!..semua sudah tahu bahawa Z.S punya angkara semua ini!..

Lepas ini MUNGKIN akan timbul pula bermacam-macam blog yang searah, setujuan dengan Pak Kaduk dan Big Body Guy..maklumlah, tuannya sudah tidak dapat menyembunyikan identitinya..tapi INGAT!!

-AKAN AKU BOGELKAN SATU PERSATU-

2 Comments:

Blogger anti_fitnah said...

Cayalah r3mu@simpson!

Tahniah!

Boleh saya mengenali saudara?Kerana dari dahulu sebelum blog anti-fitnah ada lagi,saya sudah perasankan saudara r3mu di blog pak pandir.

Boleh email saya di

anti_fitnah@yahoo.com ?

Tapi risau pula ada yang menyamar jadi r3mu@simpson,

mungkin saudara boleh bagi e-mail saudara di blog dowh/anti-fitnah?

Lebih mudah untuk kita bersembang jika kita saling mengenali..T.kasih..

8:25 AM  
Blogger Panglima Undertaker said...

Tak sangka betul ye... Ingatkan cempedak rupanya nangka.

"Kesenioran tak membawa apa-apa makna" - Penyelia kelas saya dulu-dulu.

10:44 PM  

Post a Comment

<< Home