Wednesday, November 22, 2006

Siapa Linda

Jika dilihat penulisan Pak Kaduk dan Big Body Guy, semuanya berkisar kebencian yang mendalam terhadap keluarga Ustaz Hanafi. Apakah dendam kesumat yang disimpan 'mereka' terhadap keluarga allahyarham sehingga sanggup 'mereka' aibkan sebegini rupa?..pernahkah keluarga mahupun ahli keluarga allahyarham berbuat sesuatu yang tidak baik terhadap Pak Kaduk dan Big Body Guy (atau ringkasnya Z.S)??..entahlah..hanya empunya diri dan DIA yang tahu. Entah mengapa sampai sebegini rupa keluarga allahyarham dipermainkan. Bukan setakat zuriat allahyarham, malah sehingga isteri allahyarham juga menjadi mangsa!

Saya hairan dengan perjuangan yang dikatakan penuh strategi, ditambah pula dengan True Info is Here. Apakah maksud propaganda ini?. Entah!..mengarut!..kalau hendak menegak kebenaran, mengapa penulisan penuh kebencian?..penuh caci-maki?..penuh mesej menjatuhkan maruah orang yang tidak berkaitan?..ini bukan menegak kebenaran, tetapi dendam! Nafsu! sekarang ini datang pula seorang bernama Linda yang kononnya mengadakan blog untuk mengisi keperluan semasa terhadap perbincangan mengenai kes mencabul kehormatan..bla..bla..
perbincangan APAnya?..apa yang dibincangkannya?..kalau nak bincang, buka ruang KOMEN..baru bincang namanya! Kalau tulis ikut sYok sendiri tanpa melihat respon orang lain, itu bukan bincang!..itu sYok sendiri!..lainlah pula halnya kalau Linda ini berbincang bersama Pak Kaduk dan Big Guy..baru tu saling menyokong sesama sendiri!..eYh~..tapi Pak Kaduk dan Big Body Guy kan orang yang sama?..ringkasnya Z.S..dan siapa pula Linda nih?..isterinya kaa?..kawannya kaa?..entah!..mari siasat!

********

Firstly, kepada yang sedia maklum, mula-mula penubuhan blog Linda menggunakan nama Silat Cekak Hanafi dan menggunakan design berwarna Jingga/Oren tetapi bermula 21 November, design site Linda telah diubah kepada warna kuning+biru..bla..bla.. BENAR?..kepada yang mengunjungi blog Linda dari awal, akan perasan perubahan ini. Selain pada perubahan design, Linda juga telah menggunakan online user statistic yang mana statistik ini boleh didapati juga pada laman Pak Kaduk (sebelum Linda wujud, tiada)! yang mana kewujudannya pada laman Kaduk dan Linda hampir sama waktunya!..satu persamaan bukan?

Selain pada perubahan design dan penambahan statistik yang dilakukan, nampaknya Linda telah membuang STATCOUNTER (www.statcounter.com) pada lamannya!..statcounter ini merupakan cara untuk melihat berapa ramai pengunjung telah mengunjungi laman tersebut, sama perihalnya dengan Bravenet counter yang saya gunakan untuk mengesan identiti Pak Kaduk dan Big Guy! Dan nampaknya Linda telah membuang Statcounter ini pada 21 November yang lepas dan menggantikannya dengan online user statistic!..eYh~..takkan takut kantoi kot?..

Walaupun begitu, maKnusia sentiasa melakukan kesilapan!..walau dibuang kaunter itu, bila ada kemahuan, di situ ada jalan. Saya akui Linda semakin berwaspada supaya identitinya tidak terbongkar!..dia mencuba sedaya upaya untuk menyembunyikan bukti kewujudannya!..lihat saja pada apa yang dilakukannya, kaunter statistik dibuang..takut kantoi laa tuh gamaknya!..tapi atas sisa-sisa yang ditinggalkan, saya jejaki terus melalui bukti yang boleh diekstrak dari tempat kejadian. Dan hasilnya, saya telah menjumpai kaunter yang sudah dibuang namun sayangnya rekod yang ada hanya setakat 21 November, tarikh terakhir dimana Linda melakukan segala perubahan pada blognya. walau begitu, saya teruskan menjejak sehingga ke penghujungnya!

Lihat pada kaunter yang telah dibuang dari site Linda. Kaunter ini merupakan kaunter sebenar yang diambil dari site Linda sebelum Linda membuangnya. Pasti ada yang perasan kewujudan kaunter ini pada permulaan blog Linda. Mengapa dia membuangnya?..takut dijejaki?
(Klik SINI untuk Link sebenar. **kaunter ini mungkin AKAN ditutup oleh Linda**)


Lihat tarikh 22 November yang hanya merekodkan 5 pengujung, yang mana bukan merupakan statistik sebenar pengunjung kerana kaunter telah dibuang dari site Linda pada 21 November waktu Malaysia ketika malamnya antara pukul 22:57-23:08 (10:57 malam hingga 11:08 malam). Jadinya, atas perbezaan waktu dimana Malaysia yang berada pada GMT+8 dari waktu di Garisan Meridian Pangkal, Greenwich (GMT+0), hanya beberapa jejak yang tidak dikenali telah direkod dan jejak ini tidak dapat dikenal pasti kerana result kaunter belum di-update atas sebab berkemungkinan kunjungan tersebut kurang daripada seminit (berdasarkan status kaunter yang FREE, terdapat kekurangan dalam servisnya) dan log yang boleh direkodkan hanya 100 log. Kita boleh andaikan pengunjung tersebut sebagai pengunjung SESAT yang terdiri daripada pengguna internet dari seluruh dunia yang berbeza garis waktunya dari Malaysia (berdasarkan rekod, selain Malaysia, terdapat pengunjung dari Jepun dan Hong Kong juga Amerika..mereka ini yang memenuhi tarikh 22 November).

Namun, jejak seterusnya lebih mendalam. Saya menjalankan kajian terperinci berdasarkan log IP address pengguna yang melawat site Linda. IP address merupakan alamat setiap pengguna yang UNIK (tidak boleh ada persamaan) apabila pengguna memasuki dunia internet. IP address ibarat alamat rumah dalam realiti sebenar. Berdasarkan rekod yang didapati:

Dapat dilihat kekerapan seseorang pengunjung melawat ke site Linda dan yang menduduki carta teratas merupakan yang paling banyak entries; menunjukkan banyak mana Page Load yang dilakukan. Maksud Page Load di sini ialah kekerapan sesuatu muka laman/page di refresh/load atas sebab berlaku sesuatu ke atas page asal kerana connection yang tidak baik atau mengubah kandungan page dsb. .Carta menunjukkan entries secara menurun; dari yang tinggi kepada yang paling rendah. Tidak perlu saya tunjukkan kesemuanya kerana page load selain diatas hanyalah 1 atau 0, bermaksud mereka hanya pengunjung biasa. Cuba lihat IP address yang paling banyak membuat entries; sebanyak 38 entries. Ini merupakan satu aktiviti yang mencurigakan. IP address 202.146.92.146 yang menggunakan Browser Internet Explorer version 6 dan mempunyai resolution screen 1280x1024; berkemungkinan sebuah Komputer riba; dengan Operating System Windows XP, telah melakukan page load yang banyak terhadap site Linda. Kalau bukan penggodam/Hacker, pastinya PEMILIK!

Kajian lanjutan menunjukkan hasil berikut:

Lihat pada gambar atas dan sambungannya pada yang satu lagi. IP address yang direkodkan pada 22 November jelas menepati taakulan saya pada awal penyiasatan. Terdapat IP asing selain Malaysia yang memasuki site Linda. Sama ada itu merupakan Ip sebenar atau Proxy yang digunakan, tidak diketahui. Proxy merupakan servis network komputer yang membolehkan klien/pengguna menyambung talian secara indirect, maksudnya IP sebenar tidak akan digunakan, sebaliknya IP proxy server yang diguna. Dapat dilihat terdapat proxyIP.sirim.my yang mana merupakan servis proxy dari SIRIM Malaysia menggunakan IP address dari Hong Kong.
Berbalik kepada penyiasatan, IP address sebelumnya 202.146.92.146 merupakan IP address dari Negara Malaysia melalui Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. IP address tersebut meluangkan masa lebih 5 Jam 47 minit 22 saat pada site Linda dengan tujuan yang tidak diketahui. Lihat juga pada referral link (link yang merujuk/ada linking ke blog Linda); tiada referral link, bermakna link tersebut ditaip sendiri ke address bar di web browser. Namun itu tidak membuktikan apa-apa kerana terdapat pengguna lain yang berbuat demikian.

Lanjutan siasatan mendapati:


Lihat pada rekod yang lebih terperinci ini. Didapati pemilik IP address tersebut telah melakukan modifying/perubahan pada site Linda. DENGAN INI, PEMILIK IP 202.146.92.146 DISAHKAN SEBAGAI LINDA. Lihat pada 21:50 atau pada pukul 9.50 PM waktu server 21 November 2006, Linda telah melakukan posting pada pukul 9.50 PM waktu server GMT+8 waktu Malaysia (mengikut server statcounter.com). Dan bila dirujuk pada posting Linda pada 21 November 2006, memang TERBUKTI Linda ada melakukan posting pada pukul 9.45 PM waktu server GMT+8 waktu Malaysia (mengikut waktu server Blogger.com) . Perbezaan 5 Minit merupakan perbezan masa antara server (statcounter.com dan blogger.com) yang boleh diabaikan kerana untuk posting diupload dalam server dan rekod dicatatkan akan mengambil masa.

beta.blogger.com/publish-confirmation.g?blogID=37518354&postID=219138778101064542

Berdasarkan link tersebut, didapati Linda melakukan Publishing atau penerbitan ke atas blognya melalui blog ID
37518354 yang mana post ID nya ialah 219138778101064542 yang menepati siasatan keatas blog Linda;



Lihat saja pada posting si Linda bertajuk Guru kencing berdiri, murid kencing berlari. BlogID dan PostingID tersebut menyamai rekod IP address yang melakukan perubahan pada Blog Linda. Selain itu, Tarikh dan Masanya juga sama!..Tidak syak lagi memang Linda adalah pemilik IP 202.146.92.146!..tapi siapakan di sebalik IP address ini?..


IP ini datangnya dari Maxis Broadband Sdn. Bhd. dan maKnusia di sebalik IP address ini tidaklah diketahui melainkan ditanya kepada Maintainer IP tersebut yang merupakan orang yang bertanggungjawab menjaga distribution IP dari Maxis. TETAPI..

Saya ingin membuat TAAKULAN melalui perkaitan ini;

Lihat pada screenshot tersebut, pada pukul 22:57:40 atau 10:57:40 PM sehingga 23:08:22 atau 11:08:22 PM pada 21 November; pada saat dan ketika inilah design blog Linda telah diubah dan design baru mengambil tempat selain statcounter juga telah dibuang yang menyebabkan tiada rekod baru yang dicatatkan pada server statcounter. Selain perubahan tersebut, juga didapati link ke Blog Kaduk dan Big Guy mula wujud padahal sebelumnya tiada langsung link ke blog Z.S itu.

Perhatikan pada referring link terakhir pukul 23:12:20 atau 11:12:20 PM yang merupakan referring link yang datang dari blog Pak Kaduk. Bilakah pula wujudnya Link dari blog Pak Kaduk ke blog Linda?..sebelum itu tiada langsung link dari blog Kaduk ke blog Linda, tapi pada ketika itu wujud pula link dari blog Kaduk ke blog Linda dan dari blog Linda ke blog Kaduk. Nampaknya Pak Kaduk merangkap Big Body Guy dengan Linda saling memahami antara satu sama lain!! Apakah ini satu kebetulan seperti yang berlaku pada laman Big Body Guy yang mempunyai perkaitan dengan Pak Kaduk? ATAU..

adakah Pak Kaduk=Big Body Guy=LINDA??

Perhatikan saja pada gaya penulisan, SAMA!..cuma diubah sedikit!..tapi dari bahasanya yang tidak seberapa puitis, sama saja dengan Pak Kaduk dan dari cara memaki-hamunnya sama pula dengan Big Body Guy!..Bertukar nama Linda hanya untuk menukar topeng yang lama, hanya untuk menambah sokongan kepada dirinya sendiri yang tidak mendapat simpati sesiapa!

kesimpulannya; taakulan saya adalah Linda merupakan seorang MAK NYAH yang asalnya seorang LELAKI yang sama jenisnya dengan Pak Kaduk dan Big Body Guy yang juga merupakan PAK KADUK dan BIG GUY SENDIRI!! sonang cerita; Z.S ialah Linda!!

kenapa?..Tak Percaya?
TANYA LINDA!
(dulu ada di Astro Ria)
-He~He~He-

2 Comments:

Blogger anti_fitnah said...

Tahniah Tuan!

12:06 AM  
Blogger Panglima Undertaker said...

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh mengikut graviti jua. Apa boleh buat, hukum alam; yang bersalah pasti kantoi juga akhirnya.

11:23 AM  

Post a Comment

<< Home